Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Kongres kupas budaya penerbitan buku bahasa Melayu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Seramai 146 orang telah menghadiri Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu sempena Bulan Bahasa (KABSBM) ke-6 yang diadakan secara maya melalui penstriman platform Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei dan aplikasi Zoom, hari ini.

    Siri kongres anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Brunei melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa itu turut disertai Pemangku Pengarah DBP Brunei, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Siri pembentangan kali ke-6 berkenaan menampilkan pemakalah dari Singapura, Nor Hidayah Amin yang merupakan penyelidik bebas, penulis serta penerbit Helang Books manakala pengerusi kongres ialah Penolong Ketua Bahagian Penyelidikan, Dokumentasi dan Pengiktirafan, DBP, Dayang Ruhana binti Radin.

    Kongres kali ini mengupas aspek budaya dengan tajuk ‘Dari Kota Singa, Helang Terus Menyongsong Angin: Isu dan Cabaran Mengantarabangsakan Budaya Lokal Melalui Dunia Penerbitan Melayu’.

    Nor Hidayah telah mengupas dengan lebih lanjut mengenai budaya penerbitan buku berbahasa Melayu di Singapura khususnya karya penulisan beliau sendiri di samping menceritakan secara ringkas latar belakang penerbitan buku di Singapura.

    Beliau turut menjelaskan bahawa Singapura pernah menjadi pusat penerbitan dunia Melayu tapi disebabkan penutupan sekolah menengah Melayu terakhir pada 1988 dan kemerosotan kepentingan Bahasa Melayu telah menjejaskan industri penerbitan buku-buku Melayu di Singapura.

    “Dengan penerbitan buku Helang Books ini telah menyemarakkan kembali semangat untuk menerbitkan perihal dunia Melayu melalui buku pertamanya yang diterbitkan pada 2010, iaitu kisah kediaman bersejarah milik keluarga pedagang Melayu di Singapura,” ujarnya.

    Beliau seterusnya menjelaskan, seperti helang menyongsong angin dalam peribahasa Melayu, usaha Helang Books dalam mengembalikan kegemilangan dunia penerbitan segala perihal Melayu (di Singapura, khususnya) telah membuka jalan kepada syarikat penerbitan bebas yang lain untuk turut menghasilkan bahan-bahan bacaan mengenai dunia Melayu dalam bahasa Inggeris kepada khalayak secara meluas dan bersifat antarabangsa.

    Nor Hidayah Amin semasa menyampaikan pembentangan pada KABSBM kelmarin.- Gambar serahan DBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...