Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kongres kupas isu feminisme

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Siri Kongres Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu (KABSBM) telah diteruskan lagi hari ini dengan siri pembentangan ke-9 yang mengupas tajuk ‘Feminisme dalam Perkembangan Kesusasteraan Melayu’.

    Siri kali ini menampilkan pemakalah ucaptama 2 dari Brunei, iaitu Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Hajah Aminah binti Haji Momin. Manakala, Pemangku Timbalan Pengarah DBP Brunei, Hajah Sariani binti Haji Ishak selaku pengerusi.

    Antara yang dihuraikan dalam pembentangan kali ini ialah fokus utama imej wanita serta watak-watak wanita dalam novel-novel yang ditulis dan digambarkan oleh penulis lelaki Melayu dan beragama Islam.

    Feminisme dalam kesusasteraan juga mempunyai hubungan dengan matlamat pergerakan wanita yang cuba untuk membebaskan diri daripada penulisan kaum lelaki yang sering
    dianggap tidak adil dalam sebuah penulisan.

    Selain itu, pembentangan juga mengupas kedudukan wanita yang dilihat dari perspektif agama Islam yang memandang tinggi martabat kaum wanita serta sudut pandang gerakan-gerakan feminisme di beberapa buah negara yang memperjuangkan kesetaraan hak sepenuhnya antara kaum lelaki dengan wanita.

    Siri kongres anjuran DPB melalui Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa itu dihadiri oleh 119 orang secara maya termasuk Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab, para pemakalah dari dalam dan luar negara, rakan-rakan strategik DBP, pegawai-pegawai kanan kerajaan, dan para pencinta bahasa, sastera dan budaya dari dalam dan luar negara.

    Penyelenggaraan KABSBM dengan tema utama ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ itu turut didukung bersama oleh rakan-rakan strategik DBP, iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Majlis Belia Brunei (MBB), ASTERAWANI Brunei dan Kumpulan Putra Seni (KPS).

    KABSBM dilaksanakan secara bersiri mulai 16 Mac hingga 22 Jun dengan pembentangan kertas kerja dua kali seminggu, iaitu setiap hari Isnin dan Rabu.

    KABSBM yang dihadiri oleh lebih 100 orang secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...