Kongres NFABD diadakan 14 November

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD) ingin memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan kongres NFABD kali ke-5 bagi tahun 2020.

Kongres tersebut akan diadakan pada 14 November bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan NFABD House, Jalan Pusat Persidangan.

Perlembagaan NFABD juga menyarankan agar ahli-ahlinya untuk memberikan cadangan bagi pindaan kepada perlembagaan yang boleh membantu memajukan sukan bola sepak di negara ini dan juga antarabangsa.

Kertas cadangan bagi pindaan perlembagaan hendaklah dihantar tidak lewat dari 14 Oktober kepada setiausaha agong NFABD di ibu pejabat NFABD.