Kongsi gambar cincin, Brooklyn Beckham dan Nicola Peltz sudah berkahwin?

Perkongsian pelakon antarabangsa Nicola Peltz di Instagram Story menimbulkan tanda tanya peminat bahawa dia dan tunangnya iaitu jurugambar Brooklyn Beckham sudah berkahwin.

Gambar yang dimuat naik Nicola, 25, pada Jumaat menunjukkan tangan kiri Brooklyn yang memakai cincin emas di jari manis.

Walaupun Nicola dan Brooklyn, 21, memberi bayangan bahawa mereka sudah mendirikan rumah tangga, persediaan majlis resepsi besar-besaran bagi menyambut pengantin baharu itu masih lagi dalam proses. Bapa Nicola iaitu jutawan Neslon Peltz dilaporkan bakal menanggung segala perbelanjaan majlis tersebut.

Manakala Victoria dan David dikatakan akan turut menyumbangkan sedikit wang untuk majlis itu.

Nicola dan Brooklyn dijangka bakal mengadakan dua majlis berbeza di Florida, Amerika Syarikat dan United Kingdom pada 2021. – Agensi

Cincin yang dipakai Brooklyn Beckham. – Agensi