‘Kongsi gelap’ belasah penunjuk perasaan HK

HONG KONG, 22 JULAI – Kemarahan memuncak di Hong Kong hari ini berhubung serangan ganas ke atas pembantah pro-demokrasi yang dipercayai dilakukan oleh gengster kongsi gelap yang mencederakan puluhan orang, perubahan mendadak dalam krisis politik yang membelenggu bandar China itu.

Pergolakan hab kewangan berubah menjadi lebih teruk lewat semalam apabila geng lelaki, kebanyakannya memakai kemeja-T putih dan membawa pemukul, kayu dan batang besi, menyerang penunjuk perasaan antikerajaan ketika mereka pulang daripada perarakan sebelum itu.

Gambar yang disiarkan di Facebook menunjukkan orang menjerit ketika lelaki memukul pembantah dan wartawan di stesen Yuen Long dan dalam kereta api bawah tanah.

Pihak berkuasa hospital berkata 45 orang cedera dalam serangan, dengan seorang lelaki dalam keadaan kritikal dan lima yang lain cedera parah.

Pengkritik mengepung pegawai polis bandar, menuduh mereka mengambil lebih satu jam untuk sampai ke lokasi dan gagal menangkap penyerang bersenjata yang berada di jalan raya sekitar stesen sehingga pagi ini.

Beberapa lelaki dalam kemeja putih dirakam meninggalkan tempat kejadian dalam kereta dengan plat nombor pendaftaran China.

Penggubal undang-undang pro-demokrasi mengadakan sidang media hari ini di mana mereka menuduh pemimpin pro-Beijing menutup mata kepada serangan. – AFP

Seorang pembantah menendang kanister gas pemedih mata ketika konfrontasi di Hong Kong pada 21 Julai lalu. – AP