Oleh Mohamad Asyramisyanie
Gambar oleh NFABD
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Intruktor FIFA, Jose Marcelino Z. Carpio menyarankan agar kesemua 27 peserta yang telah menamatkan Kursus Asas Penjaga Gol FIFA yang diadakan selama lima hari untuk mengongsikan ilmu mereka dengan generasi penjaga gol seterusnya.
“Masa depan penjaga gol di Brunei bergantung pada jurulatih-jurulatih ini,” kata Carpio, bekas penjaga gol kebangsaan Filipina.
“Ramai kanak-kanak mempunyai impian untuk menjadi penjaga gol suatu hari nanti, dna untuk mereka mencapai impian itu, jurulatih-jurulatih ini mempunyai tanggungjawab untuk mengajar mereka apa telah dipelajari dalam kursus itu.
“Ini (Berkongsi ilmu) sangat penting kerana tidak ramai jurulatih penjaga gol dan ia merupakan posisi yang memerlukan perhatian pakar,” tambahnya.
Dalam tempoh kursus itu yang diadakan di NFABD House, para jurulatih telah mempelajari mengenai peringkat perkembangan berbeza bagi jurulatih, persiapan umum dan persiapan fizikal.


Malah sesi praktikal juga dilakukan bagi antaranya adalah sesi pemanasan badan, aksi menyelamat dan sumbangan.
Sebagai tambahan, Carpio dan para jurulatih juga membuat pemerhatian dalam perlawanan Liga Super DST antara Kota Ranger FC dan Jerudong FC di Kompleks Padang dan Balapan baru-baru ini.
Pengarah teknikal NFABD, Yvon Avry dan beberapa pegawai NFABD yang lain turut hadir dalam acara penutup kursus hari ini di NFABD House.
Avry telah menyampaikan sehelai jersi kebangsaan kepada Carpio sebagai cenderahati penghargaan dari NFABD. Kursus itu merupakan kursis penjaga gol keempat yang dianjurkan oleh NFABD sejak 2015.