Kongsi kesengsaraan 75 tahun lalu

TOKYO – Untuk bertahun-tahun lamanya, anak-anak yatim di Jepun dihukum hanya kerana terus hidup atau terselamat dalam peperangan.

Mereka dibuli, digelar sampah dan ditinggalkan tanpa dibantu di jalanan. Polis mengumpulkan mereka dan menyumbat ke dalam penjara. Mereka juga dihantar ke pusat-pusat jagaan atau dijual untuk dijadikan pekerja. Mereka ditinggalkan oleh kerajaan, disalahgunakan dan di diskriminasi.

Sekarang, 75 tahun selepas Perang Pasifik berakhir, sesetengahnya mempunyai cerita pemulihan, bertahan hidup, kesengsaraan yang panjang dan mereka menyeru untuk pengadilan.

Cerita-cerita tersebut diberitahu kepada media sebelum ulang tahun tamat peperangan pada Sabtu (15 Ogos) menekankan kedua-dua kesakitan berlarutan daripada kanak-kanak yang telah membesar sekarang yang hidup menerusi tahun-tahun yang kacau-bilau dan apa yang aktivis labelkan sebagai kegagalan meluas Jepun untuk berdepan dengan masa lalunya.

Kisako Motoki pada ketika itu berumur 10 tahun apabila bom-bom kluster Amerika Syarikat menghujani kejiranan pusat bandar Jepun. Untuk bertahun-tahun dia telah mendiamkan diri tentang kesengsaraan yang datang selepas itu. Pada 10 Mac 1945, bom yang dilengkapi napalm menukarkan timur Tokyo menjadi sebuah padang serpihan batu dan konkrit terbakar, Motoki dan adik lelakinya bersembunyi di dalam sebuah tempat berlindung yang telah digali oleh bapanya di belakang rumah keluarganya.

Mitsuyo Hoshino menunjukkan lukisannya mengenai pengalamannya semasa temu bual di Pusat Serangan dan Kemusnahan Perang Tokyo. – AP
Kisako Motoki, yang kehilangan ibu bapanya dan adik beradiknya akibat serangan udara terbesar Tokyo pada 10 Mac 1945, bercakap mengenai pengalamannya di Jambatan Kikukawa. – AP
Seorang anak yatim perang mengilatkan kasut di pusat bandar Tokyo. – AP
Gambar dari udara yang diambil pada 9 Mac 1945 menunjukkan bahagian perindustrian Tokyo sepanjang Sungai Sumida. – AP

Kemudiannya dia ditinggalkan bersama adiknya. Dia tidak pernah melihat kedua ibu bapanya lagi. Dua beradik tersebut berjalan bersama menerusi timbunan mayat yang hangus.

Mereka melihat orang-orang dengan kebakaran teruk membongkok di tepi jalan. Dia menyalahkan dirinya kerana tidak menunggu ibu bapanya. Dia percaya dia telah menyebabkan kematian mereka. Motoki pergi ke rumah bapa saudaranya, dan ia merupakan titik permulaan pengalaman yang bertahun lama sebagai kanak-kanak yatim peperangan.

Dia terselamat apa yang boleh diiktiraf sebagai serangan udara yang paling banyak membawa maut. Lebih daripada 105,000 orang dianggarkan telah terbunuh dalam satu malam, tetapi kemusnahan yang berlaku secara keseluruhannya dibayangi oleh serangan dua bom nuklear dan kemudiannya dilupakan semasa pemulihan yang tergesa-gesa selepas perang Jepun.

Sebagai seorang budak sekolah, Motoki bekerja menjadi pembantu rumah untuk keluarga bapa saudaranya terdiri daripada 12 orang; di mana mereka membayar upah dengan pembayaran persekolahannya. Dia didera secara lisan, dan saudaranya sering kali memukul adik lelakinya sehinggakan pipinya bengkak dan lebam. Mereka semua hanya makan untuk sekali sehari.

Motoki menyatakan saudaranya, seperti ribuan yang lain, bergelut untuk membina semula kehidupan mereka. Mereka mempunyai masa yang sedikit untuk diluangkan dengan anak-anak yatim, walaupun mempunyai pertalian darah. Pihak kerajaan juga tidak memberikan mereka bantuan.

“Ia sangat menyakitkan untuk saya menceritakan kisah hidup saya. Tetapi saya masih perlu menceritakannya kerana saya sesungguhnya merasakan yang tidak ada kanak-kanak yang perlu hidup sebagai anak-anak yatim peperangan seperti saya,” katanya. Banyak anak-anak yatim tidak menceritakan disebabkan rasa malu yang terlalu kuat.

“Bagaimana harus kami, sebagai kanak-kanak, untuk bercakap menentang kerajaan?” katanya. “Mereka meninggalkan kami, dan menganggap seperti kami tidak pernah wujud.”

Selepas bertahun-tahun dalam kesengsaraan, Motoki memasuki kolej untuk mengejar impiannya bagi mempelajari bidang muzik. Dia berumur 60 tahun.

Mitsuyo Hoshino, 86 tahun, mengimbas mengenai ledakan nasionalisme pada November 1940, apabila kerajaan semasa perang Jepun menganjurkan sambutan empayar secara besar-besaran. Semasa perang, kanak-kanak sekolah Jepun telah diajar untuk menghormati maharaja sebagai tuhan dan mendedikasikan kehidupan mereka untuknya.

Semasa hari pada November tersebut, Hoshino keluar dari kedai mi milik ibu bapanya di kejiranan Asakusa pusat bandar Tokyo dan menyaksikan perhimpunan besar kalangan orang yang melambai-lambaikan bendera Matahari Terbit. Sebuah kereta berhias berbunyi dengan kuat, dengan sepanduk memuji-muji maharaja dan meraikan pengem-bangan dan kemakmuran Jepun.

Setahun kemudian, pada 8 Disember, Jepun menyerang Pearl Harbor. Dia masih ingat ketika bermain dengan adik perempuannya di luar kedai mi yang telah lenyap sekarang. Dia juga ingat satu rombongan keluarga pergi ke kedai serbaneka. Ia merupakan kenangan terindah masa kecilnya yang terakhir. Ketika itu dia berumur 13 tahun.

Hoshino dan rakan sekelasnya meninggal bandar itu untuk pergi ke sebuah tokong di Chiba, luar Tokyo pada 1944, apabila pengeboman Amerika Syarikat semakin memuncak. Dia kemudian mengetahui bahawa dua beradiknya dan ibu bapanya mati ketika pengeboman pada 10 Mac 1945 daripada bapa saudaranya.

Hoshino dan dua adik beradiknya telah dihantar kepada ahli keluarga yang berhak untuk menjaga mereka. Dia dan adik beradiknya pernah sekali melarikan diri dari rumah ibu saudaranya, takut mereka akan dijual kepada orang yang memerlukan pekerja dan pergi ke rumah neneknya.

Dia kemudiannya tinggal dengan bapa saudaranya yang lain, membantu mereka di ladang sementara menamat-kan sekolah tinggi.

Ketika dirinya telah dewasa, dia kembali ke Tokyo, tetapi bergelut dengan diskriminasi dalam mendapatkan pekerjaan. Dia terdengar saudara dekat kepada suaminya mengata mengenai dirinya yang mempunyai ‘latar belakang meragukan’ semasa majlis perkahwinan mereka.

Tidak berapa lama kemudian, dia memutuskan untuk mengongsi pengalamannya melalui lukisan untuk kanak-kanak, yang akhirnya menghasilkan 11 buah cerita anak-anak yatim termasuk dirinya.

Salah seorang anak yatim tersebut, apabila ditanya apa yang diimpikannya jika dia boleh menggunakan kuasa magis, dengan mudahnya menyatakan: “saya ingin berjumpa dengan ibu saya.”

Kaji selidik kerajaan pada 1948 menemukan terdapat lebih daripada 123,500 orang anak-anak yatim perang di seluruh negara. Tetapi pusat penjagaan anak yatim dibina hanya untuk 12,000 orang, menjadikan selebihnya tidak mempunyai tempat tinggal.

Banyak kanak-kanak melarikan diri daripada saudara terdekat yang kejam atau pusat penjagaan anak yatim dan tinggal di stesen-stesen kereta api. Kanak-kanak jalanan kerap dikumpulkan oleh polis dan dihantar ke pusat penjagaan anak yatim atau kadang-kadang ditangkap oleh orang tengah dan dijual kepada ladang yang terdesak untuk mendapatkan pekerja, pakar menyatakan.

Cerita-cerita anak-anak yatim perang memperlihatkan kekurangan yang berterusan dalam menghormati hak asasi manusia Jepun, walaupun selepas perang, kata Haruo Asai, seorang sejarawan Rikkyo University dan pakar dalam anak-anak yatim perang. Angkatan bersenjata AS semasa penaklukan selama tujuh tahun Jepun juga melihat ke arah lain, ujar Asai. – AP