Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kongsi maklumat kecekapan tenaga diperbaharui

    Oleh James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Mempertingkat kecekapan tenaga dan menambah penggunaan tenaga boleh diperbaharui dalam negara antara yang ditekankan pada sesi keempat Seminar Tenaga bertajuk ‘Ke Arah Masa Depan Tenaga Efisien dan Mampan’ di Dewan Muzakarah, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, hari ini.

    Seminar itu dianjurkan oleh Autoriti Petroleum (PA) Brunei Darussalam untuk memberi imbasan dalam sektor minyak dan gas dan hala tujunya.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada Jurutera, Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE), Awang Mohd Syafiq bin Badar; Ketua Kejuruteraan dan Projek, Berakas Power Company (BPC), Benard Christian; Pengurus Projek, Eco Bumi Arkitek (EBA), Dayang Nur Syazana Syamimi binti Haji Zamain; dan Pengurus Teknikal, TotalEnergies EP (Brunei) B.V., Olivier Branellec.

    Dalam seminar sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 itu, beliau menjelaskan mengenai Program Pengoptimuman Gas yang dilaksanakan oleh JPE, termasuk memaksimumkan keselamatan, dasar kapasiti operasi N-2, Redundancy and Spinning Reserve Inisiative dalam mengoptimumkan kecekapan.

    Hasil daripada pengoptimuman gas, kecekapan penghasilan JPE tahunan telah meningkat kepada 25.99 peratus setakat 12 Jun 2022, iaitu lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu pada 24.14 peratus.

    Benard Christian, Awang Mohd Syafiq, Dayang Nur Syazana Syamimi dan Olivier Branellec se-masa berkongsi pandangan mengenai tenaga efisien dan mampan.
    Timbalan Setiausaha Tetap Jabatan Tenaga, Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra semasa menghadiri sesi seminar tenaga yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, kelmarin.
    Antara peserta yang hadir pada seminar berkenaan.

    Secara keseluruhan, beliau berkata, “JPE telah bertambah dalam peratusan output penjana, menambah kecekapan loji tenaga keseluruhan, menjimatkan penggunaan gas, sekali gus menyokong eksport gas dan dengan itu menambah pendapatan Brunei Darussalam.”

    JPE juga menyokong tenaga hijau dengan penubuhan Ladang Solar Tenaga Suria Brunei 1.3MW yang terletak di Seria, Daerah Belait, pemasangan bumbung solar KwP untuk Kompleks Komersial Bumiputera di Temburong serta pemasangan bumbung solar 100KwP di Pejabat Daerah Temburong.

    Selain itu, terdapat juga rumah panjang di kawasan luar bandar yang dilengkapi tenaga solar, iaitu di Jalan Bingol Ukong, Supon, Melaboi, Kukup, Bang Taong, Kampung Sukang, Kampung Buau, Kampung Biadong, Kampung Melilas dan Penan yang menghasilkan tenaga berjumlah 26.007Kw.

    Sementara itu, Benard Christian menyentuh mengenai pelbagai inisiatif tenaga hijau yang telah dilaksanakan oleh BPC.

    Menurut beliau, BPC telah beroperasi sejak 1992 untuk membekal kira-kira 40 peratus daripada keperluan elektrik negara. Syarikat itu telah menghasilkan 280MW yang diagihkan di stesen tenaga Gadong, Jerudong dan Berakas dan 14 MW dari loji tenaga Oregen di Berakas yang membentuk sebahagian daripada sistem tenaga Berakas.

    Benard mengatakan BPC komited menyokong Dasar Perubahan Iklim Brunei Darussalam dalam mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menerusi pelaksanaan pelbagai projek tenaga yang cekap dan boleh diperbaharui.

    Mengenai projek tenaga cekap, beliau berkata BPC telah melabur dalam loji tenaga kitaran bergabung di Stesen Tenaga Berakas, yang menggunakan teknologi kitaran rankine organic-OREGEN sementara stesen tenaga yang ada dipasang semula dengan unit pemulihan waste heat dan turbo expander untuk penjana elektrik bertujuan mempertingkat kecekapan turbin gas LM2500 yang sedia ada daripada 31 peratus kepada 45 peratus.

    Di samping itu, beliau juga mendedahkan pertumbuhan kukuh permintaan beban dalam beberapa tahun ini telah mengurangkan margin kapasiti penghasilan tenaga BPS, mendorong BPC menjalankan kajian daya ketahanan untuk pemasangan turbin gas kitaran bergabung 120MW dengan tujuan mengoptimumkan penggunaan gas dan mengurangkan jejak karbon.

    Untuk projek hijau, BPC telah memasang sistem bumbung 200kWP di bumbung Ibu Pejabat BPC sejak 2021 dan memperkenalkan kenderaan elektrik yang menggunakan tenaga suria.

    Ahli panel ketiga, Dayang Nur Syazana Syamimi pula berkongsi mengenai kisah kejayaan pelaksanaan Solar PV pada bangunan hijau, Abode Resort and Spa.

    Beliau menjelaskan Abode Resort and Spa di Temburong telah memulakan operasi pada 2021. Projek yang dibangunkan Eco Green Development Sdn Bhd itu menyokong kempen Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan untuk mempromosi Temburong sebagai destinasi pelancongan.

    Keunikan resort berkenaan adalah ia beroperasi dengan menggunakan 100 peratus tenaga solar, iaitu 100 peratus tenaga boleh diperbaharui.

    Disebabkan lokasi Abode Resort yang dikelilingi hutan asli, Dayang Nur Syazana berkata ladang solar dengan keluasan 1,980 meter persegi telah dibina kira-kira 200 meter dari resort itu, dan membekalkan 816 panel solar PV.

    Dengan pemasangan tenaga solar di Abode Resort, ia telah menyumbang kepada 0.3 peratus daripada tenaga boleh diperbaharui di Brunei.

    Pengurus Teknikal TotalEnergies, Olivier Branellec telah mengongsikan pengurangan jejak karbon yang dijalankan oleh TotalEnergies dengan menggunakan teknologi terbaik yang sedia ada.

    Menurutnya, di Brunei Darussalam, TotalEnergies telah membasmi kebakaran rutin dan mempertingkat kecekapan tenaga manakala platformnya dijana oleh panel solar.

    Inisiatif lain yang dilaksanakan syarikat termasuk memantau pelepasan, mengurangkan proses ventilasi, mengurangkan risiko kebakaran serta membangunkan ladang solar luar pesisir.

     

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...