Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kongsi maklumat, pertahan imej kerajaan

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Dengan tujuan untuk mengukuhkan lagi perhubungan antara agensi-agensi kerajaan melalui perkongsian maklumat dua hala dan dalam sama-sama mendukung serta mempertahankan imej baik kerajaan, Jabatan Penerangan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi telah mengadakan program Perkongsian Maklumat di Dewan Teater, kementerian tersebut, hari ini.

    Ia telah disertai oleh 55 orang pegawai dan pengamal perhubungan awam yang mewakili 12 kementerian dengan diketuai oleh Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Siti Bismi Nuruliman binti Haji Awang Emzah selaku Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Awam Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan (JPAKK & JJK).

    Semasa program tersebut, rombongan telah mendengarkan taklimat mengenai Strategi Perancangan Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan dan Ekonomi yang antara lain menyentuh mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi dan cara-cara untuk mengatasinya.

    Taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Hajah Rozaidah binti Haji Abdul Rahman itu juga mengongsikan mengenai pelan-pelan strategi pemberigaan projek-projek dan perkhidmatan-perkhidmatan di bawah kementerian tersebut.

    Hajah Rozaidah semasa menyampaikan taklimat.
    Antara rombongan yang menyertai program di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...