Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Bagi memperkenalkan teknik kemahiran asas pertolongan kecemasan, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Tanah Jambu telah mengadakan Bengkel Asas Pertolongan Cemas di Masjid Kampung Tanah Jambu.
Bengkel yang diadakan selama sehari itu telah dihadiri oleh ketua imam masjid tersebut, Awang Mohd Saifullah Rosli bersama seramai 10 ahli jawatankuasa masjid.
Sepanjang bengkel, taklimat mengenai pertolongan kecemasan disampaikan oleh Haji Zakaria bin Haji Yassin, bekas paramedik yang juga selaku AJK Takmir Masjid Kampung Tanah Jambu.
Antara tujuan bengkel itu adalah untuk menyampaikan dan berkongsi maklumat berkenaan teknik-teknik asas pertolongan cemas seperti bantuan pernafasan (CPR) yang betul kepada orang awam khususnya ahli masjid.