Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kongsi pengalaman isu pendidikan semasa pandemik

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MAC – Menteri-menteri pendidikan ASEAN hari ini membincangkan dan berkongsi pengalaman isu pendidikan di kala pandemik pada Mesyuarat Menteri-menteri Pendidikan ASEAN (ASED) yang berlangsung secara maya pada acara Recover Learning and Rebuild Education in the ASEAN Region dan Majlis Penyerahan Kepengerusian ASED.

    Hadir pada acara itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah bin Haji Sulaiman (gambar). Acara turut menyaksikan penyerahan kepengerusian Mesyuarat ASED Filipina kepada Vietnam, di mana pencapaian sektor pendidikan ASEAN dari 2020 sehingga 2021 telah diketengahkan oleh wakil daripada pihak Filipina, dan pengemaskinian mengenai inisiatif yang sedang berjalan telah dikongsikan oleh wakil daripada kepengerusian ASED Vietnam yang akan datang.

    Ia diikuti dengan perbincangan panel menteri- yang dihadiri oleh menteri-menteri pendidikan dari Kemboja, Indonesia, Malaysia, Singapura, Filipina dan Thailand, manakala Laos, Myanmar dan Vietnam diwakili oleh timbalan menteri pendidikan dari negara masing-masing.

    Acara ini dianjurkan bersama oleh Cambridge Partnership for Education dengan Sekretariat ASEAN dan Kementerian Pendidikan dan Latihan Vietnam yang antara lainnya bertujuan untuk memberikan peluang kepada ketua-ketua ASEAN platform bagi membincangkan serta berkongsi pengalaman dalam mengatasi cabaran pandemik di peringkat ekonomi, pendidikan dan sosial.

    Perbincangan panel menteri tersebut merupakan acara menteri pertama di bawah kepengerusian Vietnam dalam sektor pendidikan.

    Semasa perbincangan, para menteri dan timbalan menteri berkongsi pengetahuan yang diperolehi dan dipelajari, dengan membentangkan hasil-hasil penglibatan yang lalu dan semasa, serta membentuk perkongsian rentas wilayah yang akan memberi manfaat kepada rantau ini secara keseluruhan, dan memfokuskan kepada topik-topik yang merangkumi Learning Loss and Accelerated Learning; Access to Education; dan Building Education System Resilience.

    Dalam ucapan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Hamzah, beliau mengongsikan inisiatif-insiatif utama Brunei Darussalam dalam menangani isu akses pendidikan semasa pandemik, serta mengetengahkan strategi jangka panjang yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan melalui Pelan Transformasi Digital Kementerian Pendidikan dalam usaha bagi meningkatkan akses kepada pendidikan.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...