Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Kongsi pengalaman mentor perniagaan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Armando Bartolome, pemaju francais terkenal yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini telah dijemput untuk menyampaikan ceramah semasa Brunei Mentors for Entrepreneurs Network Mentor Learn @ Lunch (BMEN).

    Acara di bawah inisiatif Darussalam Enterprise (DARe) itu dianjurkan secara eksklusif untuk mentor berdaftar BMEN untuk bertukar-tukar idea dan amalan terbaik dalam pembangunan perniagaan melalui bimbingan.

    Armando telah berkongsi pengalamannya sebagai mentor perniagaan, bagaimana untuk mengatasi cabaran yang biasa dihadapi oleh perusaha-an mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan menjalin rangkaian dengan mentor BMEN lain untuk memberi inspirasi bagi meneruskan usaha dalam membimbing dan mengembangkan perniagaan tempatan untuk berjaya.

    Beliau turut menyertai Power Brunch BMEN yang merupakan aktiviti yang membolehkan mentor dan perniagaan menjalin rangkaian dan berbincang perkara berkaitan dengan perniagaan dalam suasana yang santai. Selain itu, beliau juga berpeluang mengadakan lawatan ke beberapa pertubuhan tempatan untuk memberikan nasihat dan berkongsi pengalaman dalam francais.

    Lawatannya merupakan satu langkah ke arah rancangan BMEN untuk memfokuskan kepada beberapa bahagian pembangunan dalam sektor keutamaan Brunei iaitu, makanan, ICT, pelancongan, aktiviti hiliran minyak dan gas serta perkhidmatan.

    Di samping itu, ia juga sebagai usaha mengeratkan hubungan antara BMEN dan Rangkaian Mentorship for Entrepreneurs ASEAN (AMEN), projek yang direka untuk membantu perusahaan kecil dan mikro mengakses dana dari rantau ASEAN, pasaran dan bimbingan untuk meningkatkan operasi dan menambah baik keuntungan dan kemapanan.

    Antara yang hadir semasa sesi kongsi sama berkenaan. – Gambar serahan DARe
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...