Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kongsi pengetahuan teknologi konkrit

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – PUJA Academy dan Ready-Mix Concrete Brunei bersama-sama mengadakan seminar ‘Kemajuan dalam Teknologi Konkrit’, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan dari PUJA Academy, seminar itu dikendalikan oleh Ketua R&D dan Kualiti untuk Ready-Mix Malaysia, Ts Dr Balamohan Balakirshnan yang diadakan untuk menggalakkan kesedaran tentang teknologi konkrit dan perkongsian pengetahuan mengenai ‘mengapa konkrit gagal’.

    Ts Dr Balamohan Balakirshnan menekankan amalan tertentu dan pemilihan bahan yang salah boleh mengakibatkan kegagalan konkrit pramatang. Persekitaran yang agresif seperti persekitaran marin, salah pengendalian bahan, kaedah pengangkutan dan ‘batching’ boleh menyumbang kepada kegagalan konkrit. Untuk mengelakkan atau mencegah kegagalan tersebut, Dr Balamohan turut mengongsikan beberapa amalan baik untuk memastikan kualiti konkrit yang baik bagi membantu konkrit berprestasi lebih baik dan mengekalkan kekuatan dan kualitinya dalam hayat aset.

    Seminar itu diakhiri dengan perkongsian Dr Balamohan tentang kemajuan dalam teknologi konkrit dan projek-projek di mana pelbagai konkrit telah digunakan dalam projek.

    Ready-Mix Concrete Brunei dan PUJA meneruskan perkongsian mereka untuk membantu meningkatkan pembangunan profesional dalam industri pembinaan di Negara Brunei Darussalam, dan untuk menggalakkan amalan pembinaan yang baik bagi manfaat orang ramai dan pemilik aset.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...