Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Kongsi rezeki bantu anak-anak yatim

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 30 MAC – Bekas pelajar kelas 4B dan 5B dari tahun 1970 dan 1971 di Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien telah menyampaikan sumbangan berjumlah $1,123 untuk Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait, hari ini.

    Hadir menyerahkan sumbangan berkenaan ialah Dato Paduka Haji Mohd Yussop bin Bakar selaku wakil kumpulan berkenaan dan diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Belait, Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed selaku penasihat Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sumbangan berkenaan bertujuan untuk berkongsi rezeki bagi membantu anak-anak yatim untuk membuat persiapan menyambut Hari Lebaran.

    Jawatankuasa Tabung Amal Anak-anak Yatim Daerah Belait sangat menghargai sumbangan berkenaan dan berbesar hati mengalu-alukan mereka yang bermurah hati untuk sama-sama menderma kepada tabung tersebut.

    Sumbangan bolehlah diserahkan terus ke Pejabat Daerah Belait pada waktu pejabat.

    Dato Paduka Haji Mohd Yussop selaku wakil kumpulan menyampaikan sumbangan kepada Awang Mohamad Yassin. – Gambar serahan Pejabat Daerah Belait
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -