Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kongsi rezeki bersama saudara Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Kumpulan Minal Masjid Ilal Masjid, kelmarin, telah mengadakan program amal tahunannya bagi berkongsi rezeki bersama saudara-saudara yang kurang berkemampuan, anak-anak yatim dan ahli-ahli takmir masjid.

    Bagi program tahun ini, yang juga bersempena Sambutan Tahun Baharu Hijrah, kumpulan berkenaan telah bergabung dengan Syarikat Al-Afiah Maqbul dan Hamitance Group Sdn Bhd.

    Tujuan utama program adalah untuk mengisi tanggapan hijrah dengan lebih baik selain makna yang difahami sebelumnya dan keluar dari kawasan sendiri untuk melihat dan menziarahi saudara-saudara Islam di tempat lain.

    Pada tahun ini, kumpulan berkenaan membantu sembilan orang anak yatim dan 25 buah keluarga yang memerlukan dengan memberikan keperluan barangan makanan asasi pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Menunggol.

    Seterusnya kumpulan berkenaan juga memberikan bantuan kepada tujuh orang anak yatim dan tiga buah keluarga susah pada majlis yang diadakan di Masjid Kampung Sungai Bunga.

    Diharapkan dengan program yang diungkayahkan itu akan dapat memupuk semangat pemedulian terhadap saudara Islam yang lain dan dapat menyalurkan kelebihan nikmat rezeki yang Allah kurniakan, mudah-mudahan ia menjadi saham akhirat (amal jariah).

    Anggota kumpulan semasa mengagihkan barangan makanan asasi kepada saudara yang kurang berkemampuan, anak yatim dan ahli takmir masjid baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...