Kono PM baharu Jepun?

TOKYO, 7 SEPT – Pengundi Jepun memberi sokongan kuat kepada Taro Kono, menteri bertanggungjawab melawan COVID-19 di Jepun untuk menjadi Perdana Menteri.

Tinjauan pendapat umum yang kedua itu dikeluarkan semalam, ketika calon berpotensi bersiap sedia untuk mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Yoshihide Suga, membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau akan berundur dan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam parti.

Ia menyebabkan pertandingan kepimpinan Parti Demokratik Liberal (LDP) pada 29 September ini menjadi kucar-kacir dengan sebilangan calon bersiap sedia untuk bersaing bagi jawatan tertinggi itu. – AP

Taro Kono menerima sokongan sebagai PM baharu Jepun. –AP