Tuesday, April 29, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsep baru ‘Roaming Shop’ didedahkan

    BAS memandu sendiri bukanlah sesuatu yang baru, tetapi ia telah dilancarkan dengan konsep seumpamanya oleh Toyota dan dilancarkan hari ini yang bertujuan untuk menjadikannya lebih ke hadapan daripada kemudahan yang sedia ada seperti platform mudah alih untuk e-dagang, perkhidmatan perkongsian pengangkutan dan perubatan bagi permulaan.

    Presiden kereta gergasi Jepun Akio Toyoda melancarkan inisiatif baru itu semasa Pertunjukan Pengguna Elektronik di Las Vegas, dalam usaha untuk mengatasi pesaing yang menawarkan pengangkutan ‘autonomous’ tunggal.

    “Pada masa akan datang, kedai akan mengunjungi anda,” katanya, mendedahkan firma tersebut sudah bekerja dengan Amazon, Uber, Pizza Hut dan Didi yang berpangkalan di China.

    Platform kenderaan ‘e-Pa-lette’ mempunyai bas mini berkuasa elektrik yang direka bentuk untuk mengendalikan penghantaran. Ia bukan sahaja membawa perkhidmatan runcit kepada pengguna, tetapi juga boleh digunakan untuk tujuan perkongsian pengangkutan dan sebagainya.

    “Ini adalah platform yang fleksibel yang boleh disesuaikan dengan pelbagai perkhidmatan,” kata Toyoda, termasuk perkongsian pengangkutan, runcit, perkhidmatan perubatan atau hiburan.

    Presiden Toyota Corporation Akio Toyoda memperkenalkan e-Palette semasa sidang akhbar di Pertunjukkan Pengguna Elektronik 2018.
    Teknologi yang sama juga boleh digunakan sebagai bas mini yang akan memandu sendiri dan berfungsi dengan aplikasi perkongsian perjalanan.
    Toyota berkata ia sudah bekerjasama dengan Amazon, Uber, Pizza Hut dan Didi yang berpangkalan di China.

    Demonstrasi media menunjukkan bagaimana kenderaan itu dapat memberikan khidmat penghantaran pakej seperti kasut dan pakaian.

    Inisiatif baru itu adalah sebahagian daripada usaha untuk mengubah Toyota daripada pembuat kereta kepada sebuah syarikat ‘mobiliti’ yang serba boleh, kata Toyoda.

    Rakan kongsi dalam projek itu telah menetapkan untuk kenderaan itu digunakan pada awal tahun 2020, termasuk Amazon, Uber, Pizza Hut dan Didi. Saingannya, pembuat kereta Mazda Jepun juga akan turut serta dalam projek tersebut.

    Syarikat itu berkata ia berharap dapat mempamerkan teknologi di Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

    Toyota mengambil masa lebih lama daripada pesaingnya untuk mencipta idea kenderaan autonomi dan kini akan memperuntukkan AS$1 bilion menjelang tahun 2020 untuk membangunkan teknologi kecerdasan pemanduan dan kecerdasan tiruan yang maju.

    Ia merancang untuk memulakan ujian kereta yang boleh memandu sendiri di lebuh raya sekitar tahun 2020.

    “Pengumuman ini menandakan langkah utama ke hadapan dalam evolusi kami ke arah mobiliti mapan, menunjukkan perkembangan berterusan kami melangkaui kereta dan lori kepada penciptaan nilai baru termasuk perkhidmatan untuk pelanggan,” kata Presiden Toyota Akio Toyoda dalam satu kenyataan.

    Kenderaan ini antara lain memiliki muka kawalan terbuka yang membolehkan syarikat rakan kongsi Toyota memasang sistem pemanduan automatik mereka sendiri.

    Teknologi yang dipanggil ‘penjaga’ Toyota itu juga bertindak sebagai jaring keselamatan, kata syarikat itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda