Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsep kendiri

    MENURUT H.V. Perkins dalam bukunya Human Development dan Learning konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.

    Konsep kendiri ini juga boleh diertikan sebagai persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

    Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.

    Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu. Gaya interaksi seseorang individu dalam persekitaran sedikit sebanyak dapat mencerminkan konsep kendirinya.

    Menurut H.V. Perkins dalam bukunya Human Development dan Learning berpendapat konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.
    Menurut H.V. Perkins dalam bukunya Human Development dan Learning berpendapat konsep diri (konsep kendiri) terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.

    Jenis-jenis konsep kendiri

    Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif, seperti mana dinyatakan berikut.

    1) Konsep kendiri positif

    -Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang.

    -Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran.

    -Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan.

    -Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka.

    -Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri.

    -Berasa bangga diri sendiri dan berani mencuba.

    -Mudah bersosialisasi dengan orang lain.

    -Mudah diterima oleh orang lain.

    -Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain.

    -Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri.

    -Optimistik dan sentiasa riang dan gembira dalam apa-apa situasi.

    -Sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada keluarganya, guru, rakan sebaya dan ahli masyarakat.

    2) Konsep kendiri negatif

    -Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri.

    -Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain.

    -Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba.

    -Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri.

    -Sentiasa menunjuk wajah yang muram dan masam muka.

    Konsep kendiri ini juga boleh diertikan sebagai persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
    Konsep kendiri ini juga boleh diertikan sebagai persepsi diri dari segi penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
    Manakala jenis-jenis konsep kendiri negatif ialah mempunyai sahsiah yang tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri, pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain, kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba dan mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri.
    Manakala jenis-jenis konsep kendiri negatif ialah mempunyai sahsiah yang tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri, pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain, kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba dan mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri.

    -Terlala sensitif terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain.

    -Bersifat penakut, pemalu dan tidak sanggup bertanggungjawab.

    -Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima oleh rakan sebaya.

    -Mengalami banyak kali kegagalan daripada kejayaan.

    -Kadang-kadang dikritik dan dimarahi oleh ahli keluarga, guru, murid sedarjah dan ahli masyarakat.

    -Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain.

    -Sukar bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri daripada khalayak ramai.

    Faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri

    Sebagaimana yang telah dihuraikan, pembentukan konsep diri adalah berdasarkan kepada persepsi-persepsi diri dan orang lain terhadapnya, maka faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri adalah berkaitan rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan inetaksi sosial seseorang individu.

    Antara faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan konsep kendiri ialah:

    -Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan.

    -Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah.

    -Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku.

    -Emosi mempengaruhi perasaan.

    -Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan.

    -Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya.

    -Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya.

    -Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan konsep kendiri seseorang.

    Antara konsep kendiri positif ialah seperti mempunyai personaliti yag harmonis dan seimbang, bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran, menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan dan bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka.
    Antara konsep kendiri positif ialah seperti mempunyai personaliti yag harmonis dan seimbang, bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran, menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan dan bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka.
    Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu.
    Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu.

    Pandangan Al-Ghazali: Hati, Akal, Nafsu

    Menurut Al-Ghazali bahawa personaliti individu adalah dipengaruhi oleh hati, akal dan nafsu. Beliau berpendapat fungsi hati ialah memperoleh ilmu dengan akal yang membolehkannya untuk menyelesaikan masalah secara logikal dan rasional.

    Menurut Al-Ghazali interaksi hati dengan akal akan mempengaruhi jenis personaliti individu mengikut nafsu, iaitu kehendaknya. Kehendak nafsu, atau ego mengandungi unsur positif dan negatif. Maka personaliti individu pula boleh dibentuk menjadi personaliti positif atau negatif, bergantung kehendak nafsunya.

    Model struktur personaliti Freud: Id, Ego, Superego

    Sigmund Freud, ahli psikologi dan psikiatris Chechoslovakia berpendapat minda manusia mengandungi kesedaran di dalam tiga peringkat, iaitu: peringkat sedar, prasedar dan tek sedar. Beliau membandingkan peringkat-peringkat ini dengan bahagian aisberg, di mana peringkat sedar ialah bahagian aisberg di atas muka air, manakala peringkat pra-sedar dan tak sedar adalah bahagian di bawah muka air.

    Freud percaya bahawa tingkah laku manusia yang eksplisit merupakan hasil sesuatu siri konflik di antara id, ego, dan superego yang beroperasi di dalam tiga peringkat kesedaran.

    Misalnya, id (serupa dengan nafsu) yang mempunyai nafsu untuk melakukan sesuatu yang tidak bermoral, manakala ego (serupa dengan hati) dan super ego (serupa dengan akal) akan berusaha menghalang kelakuan id yang tidak bermoral.

    Konflik ini jika dibiarkan berpanjangan, akan menghasilkan perasaan ketegangan dan menghasilkan tingkah laku bermasalah kerana fikiran terganggu. Bagaimanapun, menurut Freud, untuk menyelesaikan masalah konflik di antara id, ego dan superego, manusia biasanya menggunakan mekanisme helah bela seperti rasionalisasi, sublimasi pemindahan, projeksi, introjeksi, pembentukan reaksi, kompensasi, fantasi, repesi, penafian, agresi, regresi.

    Pelbagai jenis helah bela diri ini merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda