Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert amal Toyota Classics 20 Oktober ini

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Kumpulan Orchestra of the Age of Enlightment (OAE) tiba di negara ini hari ini bagi konsert amal Toyota Classics anjuran bersama NBT (B) Sdn Bhd dan Toyota Motor Asia Pasific (TMAP).

    Konsert amal pada 20 Oktober di Pusat Seni Sekolah Antarabangsa Jerudong akan dipimpin oleh ketua orkestra dan penggesek viola solo, Daniel Edgar. Ketibaan kumpulan orkestra berpangkalan di London itu disambut oleh kakitangan NBT di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei hari ini.

    Pengarah muzik dan pemain hapsikod Steven Devine ketika ditemui mengatakan kumpulan OAE sangat gembira berada di sini dan berterima kasih kepada NBT dan Toyota kerana menjemput mereka ke negara ini.

    Sementara itu, ahli soprano Charlotte Beament berharap akan mendapat pengalaman dengan melawat tempat baharu di mana mereka boleh menyanyi dan bermain instrumen serta belajar tentang budaya negara ini.

    “Membuat persembahan di hadapan penonton yang baharu membuatkan saya teruja bermain muzik yang biasa digunakan untuk membuat persembahan, ia juga menjadi perkara yang menarik untuk dilakukan,” kata Daniel.

    Toyota Classics tahun ini, seperti biasa, juga menampilkan lagu kebangsaan Brunei dan lagu-lagu tempatan seperti ‘Balik Kampung’ dan ‘Kampong Ayer’. Tiket untuk konsert boleh dibeli di bilik pameran NBT di Toyota dan Lexus.

    Gambar ramai kumpulan orkestra yang disambut oleh warga Toyota NBT.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda