Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour bakal imbau nostalgia

    Pasti yang mengenali dan mengidolakan kumpulan Blue yang pernah mencipta sensasi sekitar era 2000an dengan lagu-lagu popular mereka seperti All Rise, One Love dan If You Come Back.

    Kini kumpulan yang dianggotai oleh Lee Ryan, Duncan James, Simon Webbe dan Anthony Costa itu bakal terbang ke Malaysia untuk menjayakan konsert Blue 20th Anniversary Heart & Soul Tour yang akan berlangsung di Plenary Hall, KLCC, pada 10 Februari depan.

    Konsert eksklusif yang dibawakan oleh Hitman Solutions and Happymoon itu dijangka mendapatkan sambutan hebat daripada peminat muzik Malaysia yang sememangnya menantikan kehadiran kumpulan asal Britain itu.

    Wakil penganjur, Kesavan Purusotman yang juga pengasas Happymoon, berkata, kerjasama antara pihaknya dengan Hitman Solutions sebelum ini mewujudkan impak positif dalam kalangan penggemar muzik di Malaysia.

    “Terdapat permintaan tinggi terhadap konsert dari pelbagai genre dan ia menjadi keutamaan kami untuk memenuhi permintaan peminat muzik.

    “Blue adalah pilihan boy band yang tepat kerana mereka sedang meraikan ulang tahun ke-20 penubuhan kumpulan itu sejak awal 2000an dengan siri jelajah dunia yang dikenali sebagai Heart & Soul Tour untuk meraikan peminat mereka,” ujarnya.

    Pada konsert tersebut, Blue dijangka menyanyikan seleksi lagu hits mereka, sekali gus mengimbau nostalgia bersama peminat yang membesar pada era kegemilangan kumpulan itu. – Agensi

    Kumpulan Blue yang pernah mencipta sensasi sekitar era 2000an dengan lagu-lagu popular mereka seperti All Rise, One Love dan If You Come Back. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...