Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert kawan-kawan Aina

    Sejak dahulu lagi, kelompok penggemar digelar Ainations tidak dianggap Aina Abdul sebagai peminat, sebaliknya, rakan karib yang ada di sisi, dalam apa keadaan sekalipun.

    Rasa itulah yang terpancar pada Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini, apabila penyanyi Terus Hidup berkongsi pelbagai perkara dengan peminat termasuk memperkenalkan haiwan peliharaan di pentas.

    Menggelarkan dirinya mama, Aina membawa bersama dua kucing peliharaan diberi nama Susu dan Hero untuk diperkenalkan, lapor BH Online.

    Aina atau nama sebenar, Nurul Aina Abdul Ghani berkata, Susu dan Hero dianggap seperti anak biarpun pada hakikatnya, dia takutkan kucing.

    “Pencapaian terbesar dalam hidup saya adalah untuk mengatasi ketakutan kepada kucing.

    Aina meninggalkan kenangan terindah kepada lebih 1,500 peminat yang menyaksikan Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini. – mStar

    Tampak kecil, namun, bagi saya, benar. Dua makhluk ini mengubah kehidupan di mana saya tidak tahu hendak jelaskan.

    “Pasukan pengurusan saya, semuanya cat parent atau memelihara kucing. Dahulu, saya tidak boleh kaitkan diri dengan cerita mereka soal kucing. Mereka cakap, apabila balik rumah, ada yang menunggu.

    “Ketika itu, saya tidak faham. Sekarang, saya faham. Setiap hari, saya ternanti-nanti untuk pulang serta berjumpa Susu dan Hero. Malah, saya merancang membela seekor lagi kucing.

    “Saya mahu anda tahu bahawa setiap kekuatan anda dalam kehidupan ini, boleh dikawal,” katanya.

    Selain berkongsi sisi peribadi, pada konsert itu, Aina turun dari pentas untuk menyanyi bersama peminat.

    Aina dilihat seronok biarpun suaranya tenggelam dek nyanyian peminat yang sama mengalukan lagu Sepi dan Jangan Mati Rasa Itu.

    Pada kesempatan itu, Aina yang meraih trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 mengumumkan konsert itu menjadi antara acara terakhir sebelum dia berehat daripada mementaskan persembahan terbuka. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda