Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Konsert Malai Solo ditangguhkan lagi

    Penyanyi jolokan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris terpaksa menunda Konsert Malai Solo yang dirancang bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) antara 21 Oktober hingga 23 Oktober depan.

    Pengurus Projek Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, Nor Aniza Idris menjelaskan, konsert itu terpaksa ditunda atas sebab utama iaitu pilihan raya umum dan ketiadaan pengarah muzik.

    “Produksi ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain atas beberapa faktor tidak dapat dielakkan dalam persediaan program Konsert Malai Solo.

    “Antaranya, pilihan raya umum kemungkinan besar akan dilaksanakan dalam tempoh berkenaan.

    “Jadi, ia menyukarkan penyusunan atur cara konsert dari aspek jemputan tetamu termasuk menteri serta wakil kementerian yang menjadi salah satu tunggak utama kepada penganjuran konsert ini.

    “Ketiadaan pengarah muzik, Datuk Ramli MS yang terbabit dalam penjurian program televisyen, Gegar Vanganza (GV) ke-9 juga antara faktor utama.

    “Ia kerana Astro tidak membenarkan Ramli MS terbabit dengan produksi luar ketika masih berada dalam kontrak bersama Astro,” katanya menerusi kenyataan media.

    Selain itu, faktor kesihatan dan kesuntukan masa latihan oleh penyanyi utama, Noraniza dan pasukannya turut menuntut pihaknya mengambil keputusan berat itu. – Agensi

    Faktor kesihatan dan kesuntukan masa latihan oleh Noraniza serta pasukannya turut jadi faktor Konsert Malai Solo terpaksa ditangguhkan buat kali kedua. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...