Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Konsert skala mega 29 Okt

    Alumni Anak Sains Mara (ANSARA) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) buat julung kalinya bakal menganjurkan sebuah konsert berskala mega pada 29 Oktober ini.

    Konsert dikenali sebagai MRSM Musicfest 2022 itu dijangka bakal menghimpunkan lebih 5,000 pengunjung yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

    Penerbit konsert berkenaan, Mohamad Fadzil Shari berkata, pihaknya membuat perancangan mengadakan konsert tersebut sejak April lalu bersempena meraikan ulang tahun ke-50 tahun penubuhan MRSM.

    “Tahun ini genap 50 tahun MRSM yang pertama di Seremban yang memulakan pengajian pada 1972 dan kini berkembang kepada 54 buah termasuk di Sabah dan Sarawak.

    “Sempena itu juga, kumpulan alumni memutuskan untuk mengadakan pertemuan terbesar dalam kalangan bekas pelajar dengan diiringi konsert, aktiviti sampingan yang lain,” katanya.

    Antara alumni yang bergabung dan mengadakan persembahan. – Agensi

    Kata Mohamad Fadzil, pihak jawatankuasa tidak mengambil masa panjang merancang mengadakan festival muzik tersebut kerana mendapat sokongan padu dalam kalangan ahli walaupun kebanyakan daripada mereka terdiri dalam kalangan profesional dan ahli akademik.

    Festival ini juga katanya akan mengabungkan persatuan bekas pelajar, pelajar MRSM, Pelajar Kolej Profesional Mara dan Pelajar Kolej Mara di atas pentas sama namun mempersembahkan kepelbagaian genre muzik.

    “Menariknya walaupun tarikannya kepada acara pentas dan muzik namun sepanjang festival berlangsung pihak penganjur turut mengadakan pelbagai aktiviti sampingan untuk memeriahkan acara sepanjang hari yang bermula seawal 7 pagi.

    “Kami mahukan hiburan yang terkawal untuk mengimbau nostalgia, keseronokan dan catatan sukaduka di zaman bergelar pelajar.

    “Kepada Alumni MRSM sama ada menjadi ahli atau sebaliknya, ambillah peluang ini bertemu semula dengan rakan-rakan lama untuk bertanya khabar dengan mengajak mereka mengadakan reunion pada tarikh dan lokasi yang sama,” katanya.

    Lebih daripada itu ujarnya, MRSM Music Festival bukan hiburan semata-mata kerana padat dengan pelbagai aktiviti yang akan berlansung sejak awal pagi hingga ke malam.

    “Seawal pukul 7 pagi, kami akan memulakan acara dengan aktiviti larian santai di sekitar Stadium Bukit Jalil dan Axiata Arena. Aktiviti larian santai ini terbuka kepada semua dan tidak terhad kepada alumni serta pelajar MRSM sahaja.

    “Pada masa sama, lebih 300 peniaga yang terdiri daripada alumni MRSM terlibat menjayakan ekspo jualan yang akan menjual makanan, minuman, pakaian dan barangan lain,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...