Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Konsul: Pecat amah kerana koronavirus tidak bermoral

    MANILA, 22 FEB – Diplomat tertinggi Filipina di Hong Kong hari ini mengatakan ia adalah bertentangan undang-undang dan ‘tidak bermoral’ bagi penduduk memecat dan mengusir pembantu rumah yang diuji positif koronavirus, ketika bandar raya China itu berhadapan penularan COVID-19 terburuk.

    Badan amal minggu lalu mengatakan pembantu rumah warga asing di bandar itu ‘diabaikan’ di tengah-tengah gelombang baharu COVID-19, dengan sebahagiannya dipaksa tidur di luar rumah atau tidak diberikan rawatan selepas diuji positif.

    Penduduk di salah sebuah bandar paling padat di dunia itu amat bergantung dengan 370,000 pembantu rumah asing – sejumlah besarnya dari Filipina dan Indonesia – yang memasak, membersihkan rumah dan menjaga keluarga.

    Konsul Jeneral Raly Tejada mengatakan konsulat telah membantu 31 orang warga Filipina yang mendapatkan bantuan bagi rawatan hospital atau akses bagi bilik pengasingan, menambah 61 secara keseluruhannya telah diuji positif.

    Ia juga sedang menyiasat kes-kes sekitar ‘tiga hingga lima’ rakyat Filipina yang kontrak pekerjaan mereka ditamatkan selepas mereka diuji positif, katanya pada sidang media maya yang disiarkan secara langsung di laman Facebook televisyen kerajaan.

    “Kami sedang meminta majikan menerangkan kenapa mereka menamatkan perkhidmatan pekerja mereka dalam masa-masa sukar ini, terutamanya apabila pekerja positif, ia bukan sahaja menyalahi undang-undang, malahan tidak bermoral,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...