Konsulat AS di China bakal ditutup

CHENGDU, 26 JULAI – Tanda kebesaran Amerika Syarikat (AS) pada konsulatnya yang terletak di Chengdu, di sini diturunkan, sehari selepas Beijing mengumumkan penutupan premis ter-babit berikutan perang dingin antara dua kuasa besar dunia.

Penutupan konsulat di Chengdu itu dilihat sebagai tindak balas kepada arahan AS supaya konsulat Beijing di Houston, Texas ditutup, malah kedua-dua negara saling menuduh bahawa percaturan sedemikian bakal mengundang impak negatif terhadap isu keselamatan. Tarikh akhir untuk warga Amerika keluar dari Chengdu sehingga kini belum dapat dipastikan, namun bendera di konsulat AS masih berkibar meskipun tanda kebesarannya diturunkan.

Kerja-kerja mengosongkan bangunan terbabit dilihat giat dilaksanakan, dengan tiga lori yang dipercayai digunakan untuk mengangkut barang memasuki pekarangan konsulat, tengah hari pada Sabtu (waktu tempatan).

Petugas pembersihan turut kelihatan bertungkus lumus membuang sekurang-kurangnya 10 beg plastik sampah hitam pada waktu pagi, yang antaranya mengandungi cebisan dokumen.

Beijing memaklumkan langkah penutupan konsulat AS di Chengdu adalah tindak balas yang perlu dilakukan dan sah di sisi undang-undang, selari percaturan sama yang dilakukan AS. – AFP

Lori sebuah syarikat dilihat menuju ke konsulat AS di Chengdu, wilayah Sichuan, kelmarin. Tanda kebesaran Amerika Syarikat (AS) pada konsulatnya yang terletak di Chengdu, di sini diturunkan, sehari selepas Beijing mengumumkan penutupan premis terbabit berikutan perang dingin antara dua kuasa besar dunia. –AFP