WASHINGTON, 4 Mac – Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) semalam berkata bahawa Konsulat Umum AS di Baitulmaqdis akan bergabung bersama kedutaan AS di Baitulmaqdis hari ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh timbalan jurucakap Jabatan Negara AS, Robert Palladino, penggabungan berkenaan adalah untuk ‘menubuhkan sebuah misi diplomatik.’
“Akan ada kesinambungan aktiviti secara berterusan diplomatik AS dan perkhidmatan konsulat semasa dan selepas penggabungan itu,” katanya, menambah keputusan tersebut ‘tidak menunjukkan perubahan dasar AS terhadap Baitulmaqdis, Tebing Barat ataupun Semenanjung Gaza.’
Oktober lalu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo berkata AS merancang untuk menggabungkan kedutaannya dengan konsulat umum di Baitulmaqdis bagi meningkatkan keberkesanan.
Rakyat Palestin mendesak Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara masa depan Palestin manakala Israel menuntut keseluruhan Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang kekal. –Xinhua


































