BEIJING, 2 Okt – Terbuka China mendapatkan mangsa-mangsa berprofil tinggi yang pertama semalam dengan Johanna Konta dari Britain dan Sevtlana Kuznetsova dari Rusia mengalami kekalahan mengejut pada pusingan pertama.
Pemain pilihan keenam, Konta, yang mara ke perlawanan akhir tahun lepas, dilihat kurang keyakinan setelah dikalahkan oleh pemain bukan pilihan dari Romania, Monica Niculescu 6-1, 6-2.
Konta tesingkir sejurus selepas Kuznetsova, pemain pilihan ketujuh dalam pertandingan di gelanggang terbuka permukaan keras Beijing, dikalahkan oleh Lara Arruabarrena, pemain kelayakan dari Sepanyol itu mengejutkan pemain lawan yang lebih dikenali 6-7 (2/7), 7-5, 6-1.
Konta tewas dalam hanya 64 minit adalah kekalahannya yang kelima ketika musimnya terjejas dan mengancam tempatnya di WTA Finals di Singapura.
“Saya hanya seperti dinding di sana,” jelas Niculescu, pemain ranking 65 yang kekok dengan gaya Konta, ranking tujuh, tidak dapat memberikan saingan.
“Pukulan saya terlalu rendah, pukulan kilas adalah kencang dan tinggi. Ini adalah yang saya mahukan dan ia sempurna pada hari ini.”
Caroline Wozniacki mengalami rasa gentar menentang pemain pilihan tanah air sebelum mara dengan kemenangan 6-1, 6-7 (4/7), 6-1. Pemain dari Denmark itu, ranking keenam dunia, tersingkir lebih awal dari Terbuka Wuhan pada minggu lalu.
Dia dilihat berazam untuk meletakkannya di belakang dalam usaha menghasilkan permulaan kukuh di ibu negara China itu, menghukum Wang Qiang dari China pada set pertama.
Juga menghasilkan kemaraan juara Terbuka China, Agnieszka Radwanska, yang menewaskan pemain kelayakan Jerman, Carina Witthoeft 7-5, 6-3. – AFP