Saturday, September 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Kontinjen APG Malaysia melepasi sasaran 16 emas

    SOLO, INDONESIA, 3 OGOS – Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, berjaya melepasi sasaran 16 pingat emas pada hari keempat temasya.

    Kilauan emas yang dinanti-nantikan itu, hadir menerusi perenang berpengalaman Fraidden Dawan yang muncul juara acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu S10 (cacat anggota) dengan mencatatkan satu minit dan 16.640 saat (s) di Pusat Renang Jatidiri, Semarang, lebih kurang 100 km dari sini.

    Wakil tuan rumah, Rahmat Tulloh (1:16.640s) meraih perak, manakala Phasit Phukhamkhom (1:18.350s) dari Thailand yang menamatkan saingan di tempat ketiga, terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana hanya tiga peserta bertanding dalam acara itu.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Singa baham tuan

    TOKYO, 29 SEPT – Seorang penjaga zoo di taman safari Jepun terbunuh selepas seekor singa dipercayai menyerangnya ketika dia cuba membawa haiwan itu masuk...