Wednesday, February 1, 2023
25.4 C
Brunei

-

Kontinjen badminton peroleh pingat emas Sukan Komanwel

BIRMINGHAM, 9 OGOS – Juara beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 baharu, Pearly Tan – M.Thinaah, tidak mahu bermegah dengan kejayaan yang dicapai hari ini, sebaliknya mahu sentiasa berpijak di bumi nyata.

Pearly menegaskan bahawa mereka masih mempunyai beberapa kelemahan untuk diperbaiki, sekalipun berjaya menyumbang pingat emas ketujuh Malaysia selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Chloe Birch-Lauren Smith, 21-5, 21-8 dalam aksi perlawanan terakhir hari ini.

“Saya sangat gembira dan bangga dapat membolehkan lagu kebangsaan “Negaraku” berkumandang kali kedua di sini. Kami tidak boleh terlalu dibuai dengan kejayaan hari ini, perlu terus berjuang pada kejohanan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas upacara penyampaian pingat di sini.

Thinaah pula percaya pingat emas dimenangi mereka di Birmingham pasti meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk beraksi dalam kejohanan akan datang.

Thinaah turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang perjuangan mereka di temasya empat tahun sekali itu.

Kontinjen negara menamatkan kempen di Birmingham 2022 dengan memperoleh tujuh pingat emas serta lapan perak dan gangsa.

Majlis penutupan Sukan Komanwel edisi ke-22 akan diadakan di Stadium Alexander, Perry Barr. – Bernama

Pemain beregu wanita M Thinaah dan Pearly Tan berjaya raih pingat emas ketujuh buat Malaysia dalam perlawanan akhir badminton Sukan Komanwel Birmingham 2022. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -