Oleh Ak Zaki Kasharan –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Enam orang ahli kontinjen Negara Brunei Darussalam yang menyertai Kejohanan Sukan Asia ke-19 2022 telah berlepas meninggalkan negara pada hari ini.
Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Kontinjen negara tersebut terdiri daripada Haji Okida Simangasing (Jurulatih Karate-Kumite); Anggoro Bayu Pratama (Jurulatih Karate-Kata); Muhd Harith bin Dahlan (atlet kumite), Farhah Syahirah binti Mohd Shamrin (atlet kata); Rodhyatul Adhwanna binti Bakar (atlet kata); dan Farhana Najeeha binti Abdul Rahman (atlet kata).
Kejohanan Sukan Asia ke-19 2022, berlangsung sehingga 8 Oktober 2023 depan di Hangzhou, China.
