Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kontinjen M’sia mampu capai sasaran 35 emas

    UBON RATCHATHANI, THAILAND, 29 JULAI – Kontinjen Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 dilihat mampu merealisasikan sasaran 35 pingat emas ditetapkan berdasarkan prestasi memberangsangkan melibatkan beberapa acara sukan. 

    Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke AUG, Profesor Dr Mohd Fo’ad Sakdan berkata ia berikutan sukan seperti karate dan badminton disifatkan boleh menjadi lubuk emas dengan beberapa pingat berjaya dibawa pulang lebih awal buat kontinjen Malaysia.

    “Atlet Malaysia secara keseluruhannya menunjukkan prestasi baik dan cemerlang. Selepas enam jenis sukan berlangsung, semua atlet berjuang dengan jitu dan jaya tanpa sebarang masalah.

    “Secara keseluruhannya, saya optimis Malaysia akan dapat mencapai sasaran pingat yang ditetapkan malah berdasarkan prestasi terkini atlet mungkin menjangkau daripada sasaran lebih cerah,” katanya ketika ditemui selepas acara pembukaan temasya AUG ke-20 di Stadium Universiti Ubon Ratchathani Raja-bhat.

    Berdasarkan pencapaian semasa, kem karate sehingga kini berjaya membawa pulang enam pingat emas serta berpeluang untuk menambah koleksi apabila bersaing bagi acara berpasukan hari ini. 

    Kem badminton yang meraih dua pingat emas masing-masing bagi acara berpasukan lelaki dan wanita juga berpeluang cerah untuk menambah koleksi emas mereka bagi acara individu lelaki dan wanita.

    Sepanjang tiga hari temasya tersebut berlangsung telah menyaksikan Malaysia meraih pencapaian membanggakan dengan membawa pulang 16 emas, 22 perak dan 12 gangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...