Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Seramai sembilan orang ahli Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Chef de Mission, pegawai perhubungan, ahli fisioterapi, jurulatih dan lima orang atlet sukan wusyu hari ini telah berlepas ke Hangzhou, China bagi menyertai kejohanan Sukan Asia ke-19 2022, yang akan berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober depan.
Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar dan memberikan nasihat serta kata-kata semangat ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud. Hadir sama ialah pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Kontinjen tersebut diketuai oleh Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim selaku Chef de Mission bagi kontinjen negara.
Pada edisi Sukan Asia kali ini, Negara Brunei Darussalam akan bersaing dalam tiga sukan iaitu melalui acara angkat berat, karate dan Wusyu.
Kumpulan seterusnya akan bertolak ke Hangzhou, China esok.
(Klik di sini untuk berita lanjut)