Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Kontinjen negara hadiri majlis perasmian Sukan SEA

    Oleh Fadhil Yunus

    HANOI, 12 MEI – Persembahan berwarna-warni dan meriah menjadi tumpuan apabila Vietnam mengalu-alukan negara-negara serantau yang turut serta semasa upacara pembukaan Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-31 di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam hari ini.

    Majlis dimulakan dengan pengibaran bendera besar negara Vietnam diikuti dengan lagu kebangsaan.

    Persembahan yang diilhamkan daripada pokok buluh dan diiringi dengan muzik yang menenangkan dalam adegan pembukaan acara itu menunjukkan solidariti dan persahabatan dalam kalangan negara Asia Tenggara.

    Penonton juga dihiburkan dengan imej bunga teratai dan lukisan tradisional yang menakjubkan dan pelbagai warna dan kesan visual bagi menerangi arena tersebut.

    Para penari kalangan wanita turut dihiasi dengan Ao Dai, pakaian kebangsaan Vietnam dan topi kon yang menggambarkan tradisi kebanggaan negara itu.

    Mengikut susunan abjad, kontinjen Negara Brunei Darussalam adalah yang pertama memulakan Perbarisan Negara dan atlet pencak silat Anisah Najihah binti Abdullah diberi penghormatan sebagai pembawa bendera negara. Mengikuti tradisi sebelumnya, acara diteruskan dengan pengibaran bendera rasmi Sukan SEA sejurus selepas perarakan para atlet dan pegawai.

    Presiden Republik Sosialis Vietnam, Tuan Yang Terutama Nguyen Xuan Phuc semasa acara itu juga mengisytiharkan bagi Sukan SEA dibuka.

    Menyalakan obor Sukan SEA menambahkan lagi keterujaan penyokong dengan persembahan muzik bertajuk Let’s Shine, lagu tema untuk edisi tahun ini yang menjadi acara penutup dalam majlis pembukaan yang penuh meriah kelmarin.

    Bertemakan For a Stronger Southeast Asia, temasya yang diadakan di ibu negara dan 11 wilayah dan bandar berjiran itu akan berlangsung sehingga 23 Mei ini.

    Pertandingan pelbagai jenis sukan terulung di rantau ini dijangka menarik kira-kira 10,000 peserta dengan jumlah 40 sukan dan 523 acara akan dipertandingkan.

    Barisan kontinjen negara semasa menghadiri upacara pembukaan Sukan SEA ke-31 di Stadium Nasional My Dinh di Hanoi, Vietnam kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...