Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Kontinjen negara pulang ke tanah air

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan karate dan wusyu telah kembali ke Negara Brunei Darussalam selepas berada di Kuala Lumpur, Malaysia bagi Sukan Malaysia (Sukma) XX MSN 2022.

Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta menyampaikan ucapan tahniah ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

Turut hadir ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Atlet sukan karate negara telah berjaya membawa pulang dua pingat iaitu satu pingat perak bagi acara Kata Individu Wanita melalui Dayang Farhah Syahirah binti Mohamad Shamrin dengan kutipan 24.94 mata dan satu pingat gangsa bagi acara Kata Lelaki Berpasukan yang terdiri daripada Awang Khairul Shafiq bin Khairul Arifin, Awang Muhammad Nazirul bin Haji Johar dan Awangku Ahmad Munib Aiman bin Pengiran Hasimudin selepas menewaskan skuaJohor dengan kutipan 24.22 mata.

Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyambut ketibaan kontinjen negara yang kembali dari SUKMA XX MSN 2022 di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -