Kontrak B.I ditamatkan

Agensi pengurusan YG Entertainment mengumumkan B.I bukan lagi anggota kumpulan Kpop iKON selepas penyanyi utama itu terlibat dalam kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

YG Entertainment memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan telah menamatkan kontrak eksklusif bersama B.I sebelum ini.

Terdahulu, B.I dituduh terbabit dengan jenayah dadah selepas perbualan aplikasi popular di Korea iaitu Kakaotalk tersebar di media sosial.

Menurut laporan Koreaboo, perbualan itu mendedahkan mengenai urusan jual beli dadah di antara B.I bersama seorang lelaki dikenali sebagai Mr. A pada Ogos 2016 lalu.

B.I didakwa cuba membeli dadah perangsang iaitu LSD dan marijuana.

Walaupun pelbagai tuduhan melibatkan penyalahgunaan dadah dibuat namun tiada siasatan polis dilakukan terhadap B.I.

Berikutan itu, media tempatan menghubungi syarikat pengurusan kumpulan berkenaan iaitu YG Entertainment namun mereka menafikan kesemua tuduhan berkenaan. – Agensi

B.I dituduh terbabit dengan jenayah dadah selepas perbualan aplikasi popular di Korea iaitu Kakaotalk tersebar di media sosial. – Agensi