Kontrak Silva 2 tahun bersama Sociedad

SAN SEBASTIAN, SEPANYOL, 18 OGOS – Pemain kebangsaan Sepanyol, David Silva telah bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Real Sociedad selepas meninggalkan Manchester City, kelab dari La Liga mengumumkan kelmarin.

Silva, 34, menghabiskan tempoh selama sedekad bersama City dan membuat penampilan terakhirnya sebagai pemain gantian pada Sabtu lalu semasa kekalahan 3-1 di tangan Lyon dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara.

Dia dijangka akan menyertai rakan sepasukan baharunya di Real Sociedad dalam beberapa hari akan datang untuk latihan pra musim.

Kempen La Liga 2020/2021 dijadualkan akan bermula pada 12 September.

Sociedad yang menamatkan musim lalu di tangga ke-6 dan layak untuk bersaing dalam Liga Europa.

Silva memenangi 11 piala domestik semasa mewakili Manchester City dan sering digelar sebagai salah seorang pemain import terbaik Liga Perdana Inggeris. – AFP