Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Konvensyen ACT+1 dianjur pada September

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Ketetapan telah dicapai untuk menganjurkan Konvensyen Majlis Guru-guru ASEAN +1 (ACT+1) pada 2 hingga 4 September depan di Jakarta, Indonesia.

    Ketetapan itu dibuat pada Mesyuarat Ketua-ketua Negara ACT+1 yang bersidang secara maya pada 26 April lalu, dengan dikelolakan oleh Persatuan Guru-guru Republik Indonesia (PGRI) selaku tuan rumah persidangan ACT+1 ke-36, 2022.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), di sini, hari ini, mewakili PGGMB ke Mesyuarat Ketua-ketua Negara ACT+1 itu ialah Yang Dipertua PGGMB, Haji Yussof bin Haji Mohamad serta Timbalan Setiausaha Agung PGGMB, Haji Yahya bin Haji Mirasan.

    Kenyataan menjelaskan bahawa mesyuarat berkenaan telah membincangkan mengenai cadangan-cadangan tema utama, atur acara dan tempat persidangan bagi konvensyen berkenaan.

    Mesyuarat telah bersetuju terhadap tema yang dicadangkan iaitu Recovering from the Pandemics: Designing Post Pandemic Education in Digitally Infused World, yang akan menumpukan kepada usaha-usaha ke arah pembaharuan-pembaharuan dalam bidang pendidikan berikutan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Konvensyen ACT+1 akan disertai oleh persatuan-persatuan guru-guru dari negara-negara ahli majlis berkenaan yang terdiri daripada PGGMB, PGRI selaku tuan rumah persidangan, Majlis Guru-guru Thailand (KHURUSAPHA), Persatuan Guru-guru Pendidikan Republik Laos (PDR), Kesatuan Kebangsaan Profesion Perguruan Malaysia (NUTP), Kesatuan Guru-guru Republik Singapura (STU), Kesatuan Pendidikan Kebangsaan Vietnam (NEUV) dan Persatuan Persekutuan Guru-guru Korea (KFTA).

    PGGMB telah menjadi tuan rumah kepada konvensyen berkenaan pada 2002, 2012 dan 2019.

    Para peserta yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Negara ACT+1 yang bersidang secara maya pada 26 April lalu. – Gambar serahan PGGMB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...