Konvokesyen Graduan Kecil SNF

SESUAI dengan moto Sekolah Nurul Falah (SNF) iaitu ‘Bersama Menimba Ilmu, Bersama Bergerak Maju’, sekolah berkenaan baru-baru ini telah mengadakan Majlis Konvokesyen Graduan-graduan Kecil SNF (KG 3) kali ke-5.

Hadir di majlis tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Ramli bin Haji Lahit, juga selaku Penghulu Mukim Telisai, Tutong. Juga hadir, Pengerusi syarikat, Haji Abdullah bin Haji Metassim, Pengerusi SNF, Pengiran Haji Shamsu bin Pengiran Haji Kadar, juga selaku Timbalan Pengerusi Koperasi, ahli-ahli jawatankuasa, jemputan khas, ibu bapa dan murid-murid SNF.

Seramai 19 orang murid Kelas KG 3 telah menerima sijil-sijil mereka yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Haji Ramli. Manakala Hadiah Terbaik Keseluruhan, seramai 24 orang murid, telah disempurnakan oleh Pengiran Haji Shamsu.

Visi SNF adalah untuk menjadi sebuah institusi pendidikan swasta yang berdaya maju, ke arah kemantapan dan kecemerlangan ilmu, sesuai dengan dasar pendidikan negara. Manakala visinya pula adalah untuk menjadikan SNF sebagai wadah pendidikan terbaik, berkualiti, melahirkan generasi baru yang berakhlak mulia dan berprestasi akademik yang cemerlang.

Yang Berhormat Haji Ramli bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa semasa Majlis Konvokesyen Graduan-graduan Kecil SNF (KG 3) baru-baru ini.