Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Ogos – Sebagai persediaan bagi Majlis Konvokesyen Universiti Brunei Darussalam (UBD) ke-30 pada 29 Ogos depan, taklimat media mengenainya telah diadakan di UBD, hari ini.
Taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pendaftar di Pejabat Komunikasi Korporat UBD, Kenny Liew antara lain menerangkan kepada para pengamal media mengenai peringatan terhadap isu-isu yang penting, tarikh-tarikh acara serta perkara yang lain yang berkaitan dengan konvokesyen tersebut.
Para graduan akan menjalani raptai selama tiga hari iaitu pada 21, 25 dan 27 Ogos ini sebelum acara sebenarnya.

Selain itu, Kenny Liew juga menjelaskan bahawa seperti tahun-tahun sebelumnya, UBD akan mengadakan Pesta Konvo 2018 pada 16 Ogos ini, diikuti dengan Majlis Khatam Al-Quran 2018 pada 21 Ogos bersempena dengan konvokesyen berkenaan.
Beliau juga telah menekankan kepada para pengamal media mengenai aturan pakaian dan etika liputan semasa majlis konvokesyen nanti berlangsung.