Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Korban akibat pesawat terhempas cecah 19 orang

DAR ES SALAAM, TANZANIA, 7 NOV – Angka korban akibat pesawat Tanzania terhempas di Tasik Victoria meningkat kepada 19 nyawa pada Ahad, kata Perdana Menteri Kassim Majaliwa.

Majaliwa yang melawat lokasi nahas di pantai Tasik Victoria di daerah Bukoba, Kagera berkata beberapa penumpang mungkin masih terperangkap dalam bangkai pesawat berkenaan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (TCAA) memaklumkan bahawa penerbangan Precision Air dengan nombor pendaftaran 5H-PWF dalam perjalanan dari Dar es Salaam ke Bukoba mengalami masalah ketika mendarat pada 8:45 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua.

Pegawai perubatan wilayah Kagera, Isesanda Kaniki sebelum ini berkata sekurang-kurangnya tiga mangsa iaitu dua lelaki dan seorang wanita meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Precision Air memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa pesawat itu membawa 39 penumpang termasuk 38 dewasa dan seorang anak damit serta empat anak kapal sebelum terhempas di Tasik Victoria ketika  menghampiri lapangan terbang Bukoba.

Pasukan penyiasat terdiri daripada kakitangan teknikal Precision Air dan pakar penerbangan dari TCAA dihantar untuk menyertai pasukan penyelamat, menurut kenyataan itu. – Bernama

Tentera membawa keranda mangsa, selepas sebuah pesawat udara terhempas ke Tasik Victoria, di Stadium Kaitaba di Bukoba kelmarin. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -