Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Korban banjir di Bangladesh melebihi 100 orang

    DHAKA, 4 JULAI – Angka kematian akibat banjir di Bangladesh meningkat kepada 102 orang, apabila tujuh lagi mangsa terkorban dalam tempoh 24 jam lalu, menurut pihak berkuasa pada Ahad.

    Menurut laporan harian bahagian kesihatan, daripada 28 daerah yang terjejas, 11 kematian dilaporkan antara 17 Mei hingga 3 Julai, lapor agensi Anadolu.

    Seramai 75 daripadanya terkorban akibat lemas, 15 disambar petir dan selebihnya dipatuk ular dan jangkitan penyakit bawaan air.

    Selain banyak kawasan terpencil masih ditenggelami air, banjir turut menyebabkan rumah dan tanaman makanan rosak manakala sekurang-kurangnya 15 juta penduduk terjejas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...