Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Korban banjir meningkat 146

    KHARTOUM, 22 SEPT – Jumlah kematian akibat hujan lebat serta banjir di Sudan meningkat kepada 146, lapor Majlis Negara bagi Pertahanan Awam, pada Rabu.

    “Hingga 21 September, hujan lebat dan banjir menyebabkan 146 orang terkorban manakala 122 lagi cedera,” menurut majlis itu dalam kenyataan yang dipetik Xinhua.

    Sebanyak 54,758 kediaman turut musnah manakala 74,444 lagi rosak, sementara 367 utiliti awam serta kedai dan gudang rosak, katanya,

    Hujan lebat juga menjejaskan kira-kira 101,193 hektar tanah pertanian dan mengorbankan 2,741 ekor lembu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...