Sunday, December 8, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban COVID-19 global hampiri empat juta

    PARIS, 4 JULAI – Koronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 3,974,841 orang sejak wabak meletus di China pada Disember 2019, menurut perangkaan AFP dari sumber rasmi pada 1000 GMT hari ini.

    Sekurang-kurangnya 183,416,370 kes koronavirus telah dicatat. Kebanyakannya telah sembuh, walaupun sesetengah masih mengalami gejala beberapa minggu atau bulan kemudian.

    Angka tersebut adalah berdasarkan laporan harian yang disediakan oleh pihak berkuasa kesihatan dalam setiap negara. Mereka tidak termasuk perubahan yang dibuat oleh organisasi statistik lain, yang menunjukkan jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik mungkin dua hingga tiga kali lebih tinggi daripada rekod rasmi, disebabkan kematian berlebihan yang secara langsung dan tidak langsung dikaitkan dengan COVID-19.
    Sejumlah besar kes yang kurang serius juga tidak dikesan, meskipun ujian giat dijalankan di kebanyakan negara.

    Semalam, 7,796 kematian baharu dan 395,360 kes baharu dicatat di seluruh dunia. Berdasarkan laporan terbaharu, negara dengan paling banyak kematian baharu adalah Brazil dengan 1,635 kematian baharu, diikuti oleh India dengan 955 dan Uganda 799.
    Amerika Syarikat (AS) adalah negara paling teruk terjejas dengan 605,493 kematian daripada 33,713,912 kes.

    Selepas AS, negara paling teruk terjejas adalah Brazil dengan 523,587 kematian daripada 18,742,025 kes, India dengan 402,005 kematian daripada 30,545,433 kes, Mexico dengan 233,580 kematian daripada 2,537,457 kes dan Peru dengan 193,069 kematian daripada 2,063,112 kes.

    Asia pula telah melaporkan 584,988 kematian daripada 40,536,012 kes, Timur Tengah 151,184 kematian daripada 9,400,462 kes, Afrika 145,692 kematian daripada 5,634,713 kes dan Oceania 1,136 kematian daripada 55,890 kes. – AFP

    Orang awam mendaftar untuk menerima suntikan dos vaksin COVID-19 di pusat vaksinasi di Lisbon pada 2 Julai 2021.Koronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 3,974,841 orang sejak wabak meletus di China pada Disember 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda