Korban COVID-19 hampir 1 juta orang

PARIS, 27 SEPT – Wabak koronavirus telah membunuh sekurang-kurangnya 998,463 orang sejak mula dikesan di China Disember tahun lalu, menurut perkiraan dari sumber rasmi yang dihimpunkan oleh AFP hari ini.

Sekurang-kurangnya 32,915,550 kes koronavirus telah dicatatkan dan kira-kira 22,574,500 daripadanya kini telah sembuh.

Perkiraan, yang menggunakan pengumpulan data oleh AFP dari pihak berkuasa tempatan dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hanya menggambarkan sebahagian dari jumlah angka sebenar jangkitan.

Kebanyakan negara telah menjalankan ujian hanya kepada kes yang mempunyai gejala dan paling serius sahaja.

Kelmarin, 5,529 kematian baharu telah dicatatkan dan 299,285 kes baharu direkodkan di seluruh dunia. Berdasarkan laporan terkini, negara yang mencatatkan kematian tertinggi yang baharu ialah India dengan 1,124 diikuti oleh Amerika Syarikat (AS) dengan 871 dan Brazil 869 orang.

Pegawai kesihatan melakukan ujian terhadap orang awam di Ahmedabad, India. Di India mencatatkan 1,124 kematian manakala jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 menghampiri satu juta orang. – AP