Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Korban COVID-19 Iran cecah 100,000

    TEHRAN, 19 OGOS – Jumlah kematian yang direkodkan akibat COVID-19 di Iran melepasi 100,000 hari ini, kata kementerian kesihatan, di tengah-tengah sekatan ketat seluruh negara untuk membendung penularan virus.

    Dalam tempoh 24 jam, seramai 31,266 orang telah diuji positif koronavirus manakala 564 maut, kata kementerian. Ini membawa jumlah jangkitan sejak pandemik bermula kepada 4,587,683 dan kematian kepada 100,255.

    Jangkitan harian telah mencecah rekod tinggi beberapa kali bulan ini.

    “Jangkitan dan bilangan mereka yang dimasukkan ke hospital telah stabil di 14 wilayah.. namun korban jiwa dijangka meningkat dalam beberapa hari ini,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Iraj Harirchi kepada agensi berita ISNA, Iran, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di Taiwan

    TAIPEI, 4 OKT - Penerbangan dibatalkan dan sekolah ditutup di beberapa bahagian di Taiwan pada hari ini ketika pulau itu bersiap sedia menghadapi angin...