Korban COVID-19 seluruh dunia melepasi 300,000

NEW YORK, 15 MEI – Korban COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah seramai 300,074 orang kelmarin, menurut Johns Hopkins University lapor Xinhua.

Sementara itu, jumlah kes pula meningkat kepada 4,405,688.

Amerika Syarikat melaporkan kes dan kematian paling tinggi iaitu masing-masing sebanyak 1,400,500 dan 85,066. Negara lain yang mencatatkan jumlah kematian melebihi 20,000 termasuk Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Negara yang melaporkan kes melebihi 200,000 pula ialah Rusia, Britain, Sepanyol dan Itali. – Bernama