Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Korban feri terbalik cecah 224 orang

    UKARA, 23 Sept – Tanzania mengisytiharkan perkabungan seluruh negara hari ini ketika 12 mayat pertama dikebumikan selepas satu tragedi feri terbalik di Lake Victoria, yang menyebabkan 224 orang terkorban.

    Perdana Menteri Kassim Majaliwa telah mengetuai ‘pengkebumian negara’ di Pulau Ukara, di mana MV Nyerere seharusnya berlabuh pada Khamis lalu.

    Beliau bercakap mengenai ‘perkabungan besar buat seluruh negara’ semasa keranda pertama ditempatkan dalam kubur individu, sebahagian besar mangsa tidak dikenal pasti.

    Mangsa korban selebihnya akan ditempatkan di perkuburan lain kemudian atau dibawa pergi oleh ahli keluarga yang mahukan acara pengkebumian sendiri.

    Perdana menteri itu berkata satu tugu akan dibina di Ukara.

    Imej dari udara yang diambil pada 21 September 2018 menunjukkan feri MV Nyerere terbalik di Lake Victoria, tragedi itu telah mengorbankan lebih 200 orang dan hanya 41 orang terselamat. – AFP

    Harapan untuk mencari lebih ramai mangsa yang selamat semakin tipis selepas tiga hari tragedi itu berlaku.

    Tetapi Majaliwa berkata para penyelam akan meneruskan pencarian mereka di sekitar feri tersebut dan feri itu juga akan cuba dinaikkan.

    Dia kemudian memberitahu bahawa jumlah kematian terkini adalah 126 wanita, 71 lelaki, 27 kanak-kanak lelaki dan perempuan. Hanya 41 orang terselamat.

    Perdana menteri berkata siastan awal menunjukkan terlebih muatan adalah punca kejadian itu berlaku.

    “Kami sudah menangkap kesemua orang yang bertanggungjawab bagi operasi dan menyelia MV Nyerere. Soal-siasat akan dilakukan,” katanya.

    Menteri Pengangkutan, Isack Kamwelwe berkata bahawa 265 orang telah menaiki feri itu, yang secara rasminya mempunyai kapasiti 100 atau 101 penumpang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda