Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Korban gempa Sichuan lebih 80

    BEIJING, 8 SEPT – Angka korban akibat gempa bumi yang melanda wilayah Sichuan di barat daya China telah mencecah 82 orang manakala lebih 270 orang lagi cedera, lapor Sputnik, memetik China Central Television (CCTV) hari ini.

    Pusat Rangkaian Gempa Bumi China merekodkan gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter pada Isnin.

    Gempa bumi itu telah memusnahkan rangkaian elektrik dan merosakkan beberapa kediaman serta infrastruktur.

    Pihak berkuasa tempatan telah memindahkan lebih 10,600 penduduk dari kawasan terjejas. Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...