Tuesday, November 28, 2023
25.3 C
Brunei

    -

    Korban kebakaran meningkat

    MOSCOW, 4 OKT – Angka kematian akibat kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di wilayah Nineveh, Iraq, meningkat kepada 119 selepas lebih 20 orang maut akibat melecur teruk, Sputnik memetik laporan agensi berita Iraq, Shafaq News kelmarin.

    Agensi itu memetik aktivis tempatan sebagai berkata bahawa bapa pengantin perempuan adalah antara mangsa yang terkorban.

    Lapan orang telah dikebumikan di daerah Al-Hamdaniya, timur bandar Mosul, kelmarin, menurut laporan itu. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...