Korban Kompasu bertambah

MANILA, 14 OKT – Angka kematian akibat ribut tropika Kompasu meningkat kepada 19 orang dan 13 masih hilang, kata kerajaan hari ini.

Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Nasional menyebut angka kematian boleh meningkat 30 orang, sambil mengesahkan 11 kematian lain dan satu hilang akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah utara Filipina dan Palawan, Luzon, lapor Xinhua.

Ribut tropika itu bergerak meninggalkan Filipina pada Selasa, mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh menyebabkan hampir 2,000 orang dipindahkan ke tempat selamat. – Bernama

Banjir yang melanda Filipina pada 11 Oktober. – AP